Wednesday, October 21, 2015

Gombizau Honey Bee Farm Kudat





Gombizau Honey Bee Farm Kudat


Gerai Madu

Kampung Gombizau Matunggong Kudat

Kampung Gombizau adalah terletak dalam Pekan Matunggong di daerah Kudat Sabah, kira-kira 43 kilometer ke selatan daerah  tersebut. Seperti kampung-kampung lain di Matunggong, penduduknya banyak terlibat dalam industri hasil tani dan kraftangan  dan mereka diketegorikan sebagai antara penduduk termiskin di negeri Sabah. 
Namun, yang penting bagi mereka yang mahu melawat  negeri Sabah amnya dan daerah Kudat khasnya, Kampung Gombizau adalah satu tempat yang patut di masukkan dalam pelan  perjalanan anda (itinerary) kerana di sini terdapatnya kawasan penternakan lebah madu bagi tujuan mendapatkan madu lebah  untuk tujuan komersial.
Jika anda memandu dari Kota Kinabalu,simpang ke Gombizau Honey Bee Farm atau Ladang Lebah Madu  ini terletak di sebelah kiri anda.

Gombizau Honey Bee Farm


Gombizau Honey Bee Farm ini telah wujud lebih 10 tahun yang lalu dan ia menghasilkan madu lebah bagi keperluan penduduk  tempatan dan orang luar yang berminat dengan rasa madu ‘asli’ yang datangnya terus dari sarang lebah. Bagi penduduk  tempatan, madu lebah boleh membantu mereka dari segi kesihatan dan mereka juga sukakan rasanya yang turut digunakan dalam  masakan tempatan. Ini telah dipercayai sejak bergenerasi yang lalu, maka kewujudan Gombizau Honey Bee Farm ini memanglah  sesuatu bukannya dirancang secara tiba-tiba sahaja.
Indung Madu

Untuk masuk ke kawasan ladang lebah, anda hendaklah ke kaunter tiket dan membeli tiket terlebih dahulu. Harga tiketnya adalah RM 5 bagi dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Lihat di bawah:

Yuran Masuk

Melawat Ladang Lebah Di Gombizau Honey Bee Farm


Ladang lebah terletak di kawasan ladang pokok getah yang merupakan sumber pendapatan utama penduduk Kampung Gombizau. Penternakan lebah madu  hanyalah industri sampingan bagi mereka di samping ia merupakan tarikan pelancong yang datang ke daerah Kudat.

Sarang-sarang lebah terletak berdekatan dengan pokok-pokok getah dan anda boleh merasa madu asli dari indung lebah (honeycomb) jika mahu. Anda juga boleh memegang indung lebah dan bergambar untuk tujuan kenang-kenangan. Jangan takut bila memegangnya dan jangan cuba menghalau lebah dari badan dan muka anda. Stay cool dan biarkan anda di asap oleh petugas-petugas di sana.

Sarang Lebah
Bees-at-Gombizau

No comments:

Post a Comment